background

Thursday 8 December 2011

~BESUT~

kali ni nak story sejarah daerah i lak...adoyaii...dh abis SPM..baru duk wak kalut cari sejarah lak..whatever ler..janji dapat search juga sejarah daerah i  a.k.a. BESUT


BENDERA TERENGGANU BAGI DAERAH BESUT

Besut merupakan salah satu daerah dari 7 buah daerah di Terengganu. Besut merupakan daerah yang terletak di utara Negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan Negeri Kelantan di utara, Daerah Setiu di selatan dan Laut Cina Selatan di timur. 


Keluasan Daerah Besut ialah 123,367.8 hektar iaitu kira-kira 9.52% daripada keluasan Negeri Terengganu. Daerah Besut merupakan salah satu pintu masuk ke Negeri Terengganu kerana bersempadan dengan Negeri Kelantan.

Daerah Besut mempunyai anggaran penduduk seramai 140,891 orang iaitu ketiga teramai bagi Negeri Terengganu. Kadar purata pertumbuhan penduduk ialah 2.89% setahun. Sejumlah 93.8% penduduk adalah keturunan melayu. Nisbah lelaki dengan perempuan ialah 101 kepada 114 orang pada tahun 1998 berbanding 84 orang pada tahun 1983. Ini menunjukkan majoriti penduduk di daerah ini masih menetap di kawasan-kawasan luar bandar.

Daerah Besut terbahagi kepada 15 buah mukim iaitu:

1) Keluang
2) Kuala Besut
3) Bukit Puteri
4) Pengkalan Nangka
5) Hulu Besut
6) Jabi
7) Kerandang
8) Pelagat
9) Lubuk Kawah
10) Pasir Akar
11) Tembila
12) Kampung Raja
13) Tenang
14) Kubang Bemban
15) Bukit Kenak

Kuala Besut merupakan sebuah mukim yang terletak paling dekat dengan sempadan Negeri Kelantan. Mukim ini mempunyai 14 buah kampung iaitu Pulau Perhentian, Pekan Pengkalan Nyireh, Pengkalan Nyireh, Sentosa, Seberang Kastam, Nail, Seberang Barat, Teluk Bayu, Taman Seratus, Tok Saboh, Alor Pisang, Alor Teratai, Kayu Kelat dan Alor Jejawi. 

Kegiatan-kegiatan utama penduduk bagi mukim Kuala Besut ialah pelancongan, perikanan, industri kecil & sederhana (IKS) seperti perusahaan keropok, budu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment