background

Thursday 27 June 2013

(^_@) Draughtwomen (@_^)

Draughtwomen , apa tu????? xpernah terbayang kat palo otak den akan kerja as Draughtwomen ... cukup mencabar bagi den lagi2x melibatkan 100% lukisan...subjek yang paling susoh dalam hidop den selepas 1st ADD MATH...dah la kena imagine bagai...desh..punoh ranoh bahang tanoh jawabnya....wakakaka...

draughtwomen ni a.k.a wanita draf..(kat tempat keja den ) bahagian drawing la..memandangkan kilang den menyediakn servis pintu..keja den kena lukis pintu la....ayoyoi...mencabar habaq hang...den xpernah terpikir yang den akan dapat kerja sebagai pelukis ni..al maklumla, den xminat dn xsuka lgsg subjek berkaitan seni ni...huhuhu..nak dijadikan cerita...cam ne den leh terjebak ka arah ni...masa g minta kerja uh...xtau lak ada kosong bahagian tu....oleh kerana dh bosan sgt pegang buku..so den terus  cari keja pas abis final exam 4 final sem...sekadar mencuba,,den dpt call untuk hadir keja...(ceh, dh macam org penting lak)

mak aii....terus masuk kena start buat lukisan...hambeq ko..pai migrain teruk dibuatnya...xtahan, siap minta surat berhenti..kununnya nk resign r..cari job lain..xmau bahagian tu....dah la xpandai bab lukis ni, pastu kena imagine...minta maaf r...bukan style den.....hahahahhahaa....dari ari first sapai skrg...hahahahha...den berjaya menapak disana...dari xpandai..dh gagoh siket r bab lukisan...hok paling penting...dari nk berhenti..still sapa sekarang (malunya lau ingat balik hari first keja sana)

yang xleh blahnya...bos departmen den paling SEMPOI, SPORTINg, SYOk...dah la xpernah  marah...pastu lau salah...siap ajar balik hingga paham.. (terutamanya den la, agaknya dia dh jemu tgok muka den), pastu bila xpaham..den p blaja ngn dia...sampai satu masa tu...time rehat pon den bedal..janji den paham nk buat bendalah uh...dh la susah nk ingat formula...nk ingat LOCK, HINGE< TOP....(khas tuk lukisan pintu je)..pastu kiraan besi bagai la....pergh..mengalahkan final exam paper uh....tapi siyes r...wa solute itu bos.....hahhaha

paling menarik den keja sana, tekanan & push up dari bos...memang langsung xda r...cuma tekanan daripada  diri- sendiri r,..( den r, lambat siket nk paham bab lukisan ni), dah la kejanya santai gak la...xda nk keja sana-sini...cuma bila ada prob je...baru rasa getarannya....apa yang asti...xsalah tuk mencuba benda baru....


note sengal : cabaran itu mampu membuatkan diri kita lebih baik dan bangkit
nota kaki : xsemestinya apa yang kita belajar akan sama dengan apa yang kita kerja
nota ngarut: dah cam ular kepanasan, salah buat accessories tadi...pstu dak production marah...aku yang nangis....first time salah 


(^_~) TaMaT SuDaH (~_^)

Assalam semua..masih ada lagi yang terjah harta karun den ni??? sape yang terjah tu..sila senyum sampai nampak gigi k..huhuhhu..dah lama tuan tanah ni menyepikan diri, maaflah sahabat semua..den membawa diri la..banyak masalah yang berlaku sekitar hidup den..jenuh juga nak bertahan tuk harungi semua ni..tapi syukur alhamdulillah...semuanya telah selesai dengan jayanya....amin...nak bagitau ni.........









DEN DAH HABIS BELAJAR...IN SHA ALLAH...DIPLOMA DALAM GENGGAMAN....hurrrayyyyyyyyyy....





3 tahun mengejar ilmu di bumi utara...alhamdulillah...segulung DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AM) dh hampir pasti digenggam...(bila gamaknya nk konvo ni)




Apa yang pasti, menuntut ilmu itu bukan sesuatu yang senang, dimana ada kemahuan, ada usaha yang gigih..pasti berjaya...so, lupakan zaman poli....(nak lupakan segala hal yang menyakitkan je sebenornya)..



sekian....

Friday 18 January 2013

SeMeStEr 6

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan  menghayati liku-liku perjalanan  hidup ini..
pejam celik, pejam celik..dah hampir 3 tahun den kat bumi kedah ni...Alhamdulillah, perjalanan den tuk dapatkan segulung DIPLOMA hampir sampai ke penghujungnya..Syukur Alhamdulillah...
B4 tuk dapatkan segulung  Diploma dgn jayanya, den kena  jawab 4 final paper :
  1. math eng 5
  2. maintenance managemant
  3. Quality control
  4. Mechanical component & maintenance
3subjek baru n bg den..Math kali ni yg paling mencabar jiwe raga den..walaweyh...xpa2x, usaha tangga kejayaan..in shaa allah den akan usaha habis-habisan....xmau teloq.....wakakkakka...bercakap sal semester 6 ni...adoyai..manyak keja kena buat ni...projek akhir, Muet, lawatan, cam2x g r...pe pon...wish me  luck...moga kejayaan sentiasa bersama kami...Oh Sem 6, please be nice  to me..hehehehe

nota sengal: duk godek2x ni..projek ntah bila nk jalan ni....
nota biol: xda ke org nak tolong nk buat report tuk projek den??

Tuesday 4 December 2012

GOOD JOB DEQ (*_*)

entry kali nie khusus buat adeq den..Mohamad Afiq Iqwan Bin Abduh..hehehe, alhamdulillah dan syukur sangat-sangat bila dapat call yang adeq den yang sorang nie, dah dapat 5A dalam UPSR baru-baru ni..adoyai, cam xcaye lak si malaun ni dapat 5A..punyalah ritu call den gitau xdapat jawab soklan UPSR..dah la adeq den ni seorang yang nakal, degil dan gila-gila...mak den pon xsangka dapat 5A..maklumlah, masa percubaan ritu dapat 1A 4B jer...hahaha,pastu jenis malas nak g kelas petang or malam..adoyaii, bagus lop budop nie..hahaha..soe along... 

ops, lupa nak cakap, afiq ni anak yang mak den jaga, kira mak den ni babysitter la family dew ni..4orang semuanya, ni anak first la, along ni dah macam adeq wadeq sejati kami dah..memang terlalu rapat la ngan family dorang ni..huhuhu..Afiq ni anak sulung, manakala no 2 lak, aisyah , no 3 aqilah and adeq den paling bongsu lop ialah Atiyah...hehehehe, ramaikan adeq den....hambeq ko, dew dapat 5A, siap call semua orang tuh..including semua ahli keluarga den...yang xtahan tu siap tuntut hutang la beb..hehehe...lain kali dah xleh janji ngn budak nie..hehehehe, tapi alhamdulillah, along dah tunjuk dan bukti kecemerlangan dew kat kami semua...laupon sikapnya yg agak nakal, akhirnya dew bagi kejayaan kat kami...the sweet momentz sangat2x..

p/s buat along: hope along terus maju jaya xkira mana-mana sekolah yang along bakal pergi, ceksue n family akan sentiasa sokong along xkira dimana along berada ok...good job de, keep on fighting k...pe pon..lots of love to along....hehehe

(*_@) OUR PALESTIN (^_^)

Maaflah. den pakai keta kura-kura jew..korang semua pakai Ferrari..den xsempat nak kejar apa-apa berita dan cerita terkini..lagi-lagi isu pasal sedara kita di bumi Palestin..Ya Allah, nampak gayanya den kena tukar keta juga tahun nie ..hehehehe..xkira dari yang kecil, dewasa hinggalah yang tua bangka, semuanya sudah memahami dan mengetahui hal ini kan???oleh itu, izinkan den tuk berkongsi serba-sedikit..jika ada pandangan dari anda semua..silalah...Yang sal bola tu..kita lupakan sekejap k..let's talk about our Palestine!!

Pernahkah anda terfikir, mengapa negara islam yang sering kali dilanda masalah-masalah yang getir dan di ancam sebegini teruk??mengapa tidak pada negara yang modern, kuat, serta mempunyai peralatan canggih?Den jua pernah terpikir, adakah negara kita ini akan selamat sedangkan negara kita ini adalah ISLAM juga?apakah nasib kita akan sama dengan nasib mereka di Palestin??ayuh, sama-sama kita selami dan fikirkannya....

Sungguh pilu apabila mengenangkan nasib saudara seislam kita di sana, dengan perang yang entah bila akan tamat, dengan tergadainya nyawa serta kehilangan semua punca dan sumber...Ya Allah, Nauzubillah....den yang hanya melihat menerusi TV pon, tidak mmpu untuk melalui hari-hari serta liku-liku sebegitu...syukurlah negara kita ini masih aman dan tenteram..Tapi apa yang pasti, betapa terseksanya sedar kita disana, terpaksa bergelut dan menggadaikan nyawa demi mencari sesuap nasi dan perlindungan untuk diri serta keluarga dan juga kerabat masing-masing...paling menyayatkan hati den ialah, anak-anak kecil yang masih belum mengenal erti kehidupan turut terbunuh dan kehilangan segalanya..kelahiran mereka hanyalah untuk menikmati peperangan..bukan untuk mencari erti kehidupan yang sebenar...apakah salah mereka sehingga diperlakukan sebegitu??dimanakah nilai dan juga sifat keperimanusiaan mereka itu????

sebegitu hinakah umat islam disana sehingga dilayan seperti itu??salahkah untuk mereka berada di sana?mengapa sengsara yang terpaksa dilalui oleh mereka dalam meniti hari demi hari?Masih tidak cukupkah dengan sebegitu banyak nyawa yang melayang?Apakah silap mereka sehingga negara islam mereka itu dikecam dengan begitu hebat?Ya Allah, bantulah hamba-hambamu disana, kuatkanlah semangat dan lindungilah mereka..sehinggalah sekarang, den belum mengerti mengapa sedara seislam den disana dikecam hebat...mengapa mereka perlu menerima ini semua..

Cuba kita semua bayangkan,sekiranya kita ditempat mereka, hari-hari mendengar tangisan sana-sini, bunyi tembakan dari semua arah dan penjuru, mayat bergelimpangan sana-sini, menahan lapar dan terus berjuang untuk terus hidup dan mencapai kebebasan...Nauzubillah...den betol-betol xsanggup untuk menghadapi dan lalui ini semua sekiranya ianya terjadi pada negara kita..cukuplah dengan apa yang didengar, dilihat dikaca TV..betapa azabnya umat islam disana untuk meneruskan hidup..

Syukur Alhamdulillah buat semua rakyat malaysia yang sudi dan tidak putus-putus menyalurkan bantuan buat sedara kita disana..terima kasih yang tidak terhingga kepada semua..andainya den diberi peluang untuk menjadi sukarelawan disana, ingin den turutkan ..den ingin sendiri mengalami dan merasai perit dan getir untuk hadapi kehidupan yang mencabar ini. Den juga ingin membantu sedara seislam den disana, walaupun berbeza warna kulit, bahasa dan juga budaya..den juga ingin membantu disana..den juga mendoakan agar sedara seislam den disana, kuat untuk menghadapi liku-liku hidup walaupon terpaksa bergelut dan menggadai nyawa untuk hidup..den tahu, bukan mudah untuk kita merasai apa yang dilalui oleh mereka sekarang, den sedar akan itu..akan tetapi sebagai umat islam dan juga sedara sesama mereka, den amat berharap agar peperangan ini akan ditamatkan dengan secepatnya serta Palestin akan kembali kepada asal..

Apa yang bakal kita lakukan sekiranya kita ditempat mereka? Sanggukah anda berjuang bersama-sama mereka andai diberi peluang untuk kesana? Sanggupkah anda kehilangan semua kemewahan dan kebebasan sekiranya dipanggil untuk berperang disana?ayuhlah kawan-kawan semua, kita berjihad kearah landasan yang betul, bantu sedara seisalam kita disana walaupon dengan hanya DOA serta sokongan moral..sokongan dan Doa kita adalah semangat dan kebangkitan buat mereka..Bantuan bukan sekadar harta benda, Doa juga mampu mengiringi buat mereka disana..ayuhlah kawan-kawan semua..jihadkan islam...bantulah sahabat dan sedara kita disana..


Wahai saudara-saudaraku dibumi Palestin, ingatlah Allah S.W.T sentasa bersama kita xkira masa senang mahupun susah, kuatkan iltizam dan juga yakin pada Allah..selagi hidup di atas muka bumi ini, berjuanglah, kami disini sentiasa mendoakan anda disana..tangisan hari ini akan disinari dengan kebahagian dan gelak ketawa akan datang..BERSABARLAH SEDARA DISANA....In Shaa Allah, Allah tidak akan memberi ujian sekiranya hambanya itu tidak mampu untuk mengharunginya....

Nota Biol: Jagalah negara kita agar sentiasa menjadi aman dan tidak akan akan diceroboh..
Nota Kaki meja: Sama-samalah kita membantu umat islam disana, mereka adalah sedara kita...bersama menyalurkan bantuan dan doa buat mereka..




Monday 3 December 2012

Chromolaena Odorata

 Untuk kali nie, den nak story sal Chromolaena Odorata atau juga dikenali Pokok kapal terbang...mungkin ada segelintir dari kita xkenal tentang benda alah ni...dan pasti ada lam kalangan hampa semua, xtau tentang kewujudan daun nie...pasaipa dennak story nie, tetiba sedang den duk syok2x layan diri kat buai, den teringat lak kat dak klas den..waktu tu kelas Plant Technology bg En. Zulkifli Sulaiman..masa tu, en.zul duk story sal kapal terbang..pas uh, dew melawak la sal pokok kapal terbang ni..dew sempat tanya kat den, kenal ke tidop..of course la den kenal..tapi ada juga lam kelas den uh, yang xkenal pokok tu...adush, sadisnya dunia..hehehe..cam2x la en.zul duk story sal pokok tu..tentang khasiatnya...esoknya, sementara nak tunggu kelas pneumatik, kami pakat lepak kat wakaf biasa..tetiba..............



ika: weyh, pokok kapal terbang tu, cam ne??aku xpernah kenal pon.

den: pokok tu, tumbuh kat merata tempat, kadang2x kat tepi pagar dekat ngan semak-samun pon ada gak.

ika: Daun dew cam ne? cam kapal terbang ke?

Den: eish, mana ada..ala,daun dew yang biasa je..cuma cam berbulu siket..

Ika: Yang cam ne erk?aku xpernah tengok..

Den: xkan kau xpernah tengok, kau an dak Watan..ntah-ntah kau pernah tengok tapi xtaw namanya kot..hmm..

Ika: maybe la kot..lau cam berbulu n lilin siket uh, rasanya cam aku kenal jew...

Fatin: ala, daun tu kami kenal la. ala, masa kecik2x dulu, orang selalu ambik, letak kat tangan dan pastu tepuk daun uh sampai pecah dan berbunyi...

Den, ika n semua: ketawa besar-besar xhingat dunia...

adoyaii, memang lawak la kawan den ni...kami semua cakap la..lau guna daun lain-lain dan buat cam tu pon..mesti akan jadi benda yang sama..tol x??lau xcaya, try buat guna daun bunga raya xpon kertas...k la, meh den tunjukkan rupa sebenarnya:



Mungkin anda pernah melihatnya akan tetapi tidak mengetahui nama asalnya...inilah rupa sebenar POKOK KAPAL TERBANG..dikatakan juga ianya mampu untuk:

1. ubat penahan darah

Mak den pon pernah guna untuk menghentikan darah sekiranya berlaku kemalangan yang jauh dari rumah...
Akan tetapi, pokok ni juga memiliki racun..nak tau lebih lanjut..sila jumpa Mrs.wikipedia ok..hehehe..

Nota Biol: saje nak tunjuk kat hampa rupa takot2x ada yang memikirkan pokok ini rupa kapal terbang lak..hahahaa

Nota kaki meja: Lau gi kebun or ladang, tetibakaki or tangan berdarah, ambil daun ini dan gentel2 pastu lumurkan pada tempat yang berdarah tadi..In Shaa Allah, pendarahan akan berhenti...mudah-mudahan..

Credits to my mom: siap tunjuk kat den lagi rupa pokok ni, sebenarnya den dh kenal tapi den was-was masa den tunjuk kat member den rupa pokok tu..so, den gtau mak den suh tunjuk kat den semula..hehehehe





(@_*) RAMALANMU (@_*)

sape nak jadi pak nujum or tukang tilik????den nak suh tilik or ramal ni..hahahaha, xdop keja an den nie..well, bosan cegini den suka lak buat benda mengarut-ngarit nie ...pa kata anda jadi pak nujum tuk den..xpon erti kata lain jom kita ramalkan brapa score tuk game akan datang..almaklumlah, nak lawan gajah putih nie...kita nie takat harimau jew...gajah tu dah la liat....jom la..jom la...den bosan nie.....hahahahhaha







korang ramal berapa score nanti??????? sape yang akan score?????law betol..den bagi hadiah tepukan kat anda semua....cun dop???xaci marah okey!!!







lau den, den ramalkan 2-0..yang tukang rembat sampai golllllllllllllllllllllllllllllllll mestilah DENNNNNNNNNNNNNNNN...hahahahaahahhaa.....suka-suki den je an....ops, terlebih lak den kali nie, agak-agak korang sape yang akan diturunkan tuk nxt game nanti????ada bran?????







lau nak taw, wait & see okey, 09/12/2012 -MALAYSIA VS THAI at stadium shah alam....wakakakaka, kat situ nanti, kita taw r bape score n piyer yang akan rembat neh!!!! adioooss...