background

Friday 31 August 2012

Cikedooouuutttt!!!!!!


5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta!


Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!
Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.
Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.

1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.


Renung-renungkan..(^^,)


merasai satu fasa perpisahan /clash/putus dengan orang yang kita sayang adalah satu fasa yang paling menyeksa hati.time tu muke kite kalau duk kat tepi tong sampah..tong sampah lagi nampak happy dari kite..fakta. .apatah lagi kalau kita ditinggalkan ..or putus kerana orang ketiga..etc..pendek kata..hubungan terputus dalam keadaan yang tidak berstyle!

bercakap lebih senang dari yang merasa..namun pd sapa2 yang pernah termakan tahi..memang tau camne horible nye rasa tahik tu..hanya siapa2 yang pernah menangis sampai kering airmata tahu macammana rasanya..lumrah..TUhan menjadikan manusia ini lemah.rapuh.It’s not easy to forget someone- you may never forget him/her… But you can learn from it. Everything in life is a lesson..what you take from what you learned is what is important. If something did or didn’t happen, it did or didn’t for a reason. .

-at first..bila putus..perkara pertama yg bermain dlm fikiran..why?why?how?apa salah aku??sampai hati dia buat aku camni..and pastinya kita nangis berhari hari..meratap..tidur tak lena..makan tak lalu..termenung..

-time genting mcm ni..kite mmg macam orang gile..pride kite dah campak ntah kat mana..talifon 24 jam kt tangan..kite keep calling..keep asking..keep forcing..sanggup dari London balik malaysia sbb nak setelkan..sanggup tak pergi kerja..sanggup berhabis ratus2 ringgit nak dtg kat tempat org tu..mcm2 lagi lah perkara gile yg kite buat..

-lepas kite dah cuba mcm2 still orang tu tak kembali..tak nak kat kite..mulalah kite mencarut dan menyesal dengan apa yang berlaku..mula lah kite cakap..celaka punye jantan/betina..sial la..pergi mempus la..padahal kat dlm hati kite berharap dia balik ngn kita..mula lah kata2 ni bersarang kaat dlm kepala otak kite..I hate that you used me..I hate that I wasted it with you..I'm tired of wanting something I can't have,,I'm tired of hurting me for things that aren’t my fault..so on and so forth..

-after beberapa minggu clash..kite pasti akan jadi fulltime stalker..kite stalk fb die..stalk twitter die..stalk kat mana dia pergi..apa je yg die buat..kite try nak dapatkan yang paling latest ttg dia.tepat n jitu.memang time ni..kite jadik macam orang yang tak tahu malu..orang nasihat apa..kite tak peduli..yang penting..kite nak tahu dia buat apa, dengan siapa, kat mana..

-pastu bila kite tengok die ngn orang yg baru..mula lah kite membandingkan die ngn kite..mula lah kat dlm hati duk kata eleh..eleh..
and bila kite tengok orang baru tu lebih hebat dai kite..hati kite cemburu tibe2..tak pasal2 nangis..jantung berdegup macam petir.laju.pantas.

time ni lah lepas kite meratap..kite harus bangkit..kite harus kuat..kita try lupakan die slow2..time ni part yg paling susah..kite duk tunggu2 dia..tp sampai bila??tak kan kite nak tunggu dia sampai hari kiamat?sampai kite tinggal tulang baru nk give up??

remember this..
cry a river..build a bridge..and get over it!!

ye..kita hilang seseorang..tp jangan sampai kite hilang diri sendiri..
tak de sapa yang boleh bantu kite melainkan diri kite sendiri..

ingat bait lagu ni..???

First I was afraid
I was petrified
Kept thinking I could never live without you by my side.. 

"But I spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong
I learned how to carry on"

so true..apa yang die buat kat kita adalah semangat untuk kite bangkit..think..apa guna dia???dia just tahu menyakiti ..jadi dia langsung tak berguna pada kita..

jangan lihat apa yang diA BUAT melemahkan semangat kite..dunia kite belum end..kite kena bangkit..prove to him/her that you are okay even you are alone..

belajar jadi sombong sikit.
tanam kat dalam diri..

"hari ini kau buat aku.hari ini kau buat aku nangis.hari ini kau nampak aku macam longkang. jangan terkejut if one day nanti..kau yang nangis.orang buat kau.and aku kau akan nampak macam putera/puteri kayangan.. aku akan tunggu detik itu.masa itu akan tiba.serius."

so..learn to wake up when u fall..life is too short to wasting your time by keep begging, keep calling, keep stalking..keep waiting someone that never be yours..

and bila kamu ingat tentang dia..keep on your mind that..you dont need her/him anymore..

"Go on now
go walk out the door
just turn around now
'cause you're not welcome anymore 
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye????""

so..back off!

kau yang pernah melukakan hati..lihat aku yang tetap gagah berlari..maaf..kaki mu terlalu kecil..tak cukup untuk buat aku mati.!!!! =)
thanks writer..