background

Saturday 24 March 2012

~AKU REDHA~

 sudah hampir 1 bulan lebih engkau pergi meninggalkan ku serta meninggalkan alam fana ini, akan tetapi senyum tawa mu masih tersemat lagi dalam kotak fikiranku, bayang wajahmu sentiasa ada di sampingku..kemana ku pergi, engkau selalu menemaniku, disaat aku memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati ini..engkau sedia menjadi pendengarku, dikala aku kesedihan, engkau xputus-putus memberi semangat padaku...engkaulah sahabat dikala suka mahupun duka...akan tetapi semua itu adalah sementara...engkau pergi meninggalkanku tanpa sebarang nota, pergi tanpa kata-kata, pergi dengan tiada khabar berita..sungguh aku xmenyangka apabila panggilan yang ku terima adalah suatu duka...tanpa xsemenanya, airmataku ini gugur secara tiba-tiba...terkejut akan perkhabaran yang xdiduga itu...7/2/2012..akan ku kenang sampai bila-bila..tarikh yang benar-benar membuatkan diriku terluka dikala Engkau benar-benar telah tiada...membawa sekali diriku bersamamu...berita itu benar-benar membuatkan sukar percaya lebih-lebih lagi mendengar serta melihat cara engkau meningkalkanku..bukan aku sengaja xterima akan suratan dan takdir, cuma aku benar-benar terkejut dan terluka ...tatkala janji yang kita ungkapkan ..hancur begitu sahaja , perancangan yang direka..terkubur bersama segala impian yang telah kita rancangkan..pemergianmu benar-benar mengubah kehidupanku, setiap saat,tiap ketika, saat-saat bersama mu sentiasa menerjah...sukar untukku menerima kenyataan akan pemergianmu..hati ini sering menidakkan ia..hampir 2minggu aku terpaksa bermain dengan hati...airmata ini xputus-putus mengenangkanmu..sukarnya untukku menerima kenyataan bahawa engkau telah bersemadi disana..hidupku seperti layang-layang terputus tali..dibawa kemana sahaja oleh angin...tanpa suatu halatuju yang pasti..maaf, cukup 2 minggu, aku terpaksa melupakanku buat sementara waktu..aku kuatkan semula semangatku yang hilang bersamamu..mencari berita mu di semua akhbar...berkat bantuan kawan-kawan di tempat kerjaku..mereka telah memberikan suapan berita itu sehinggalah sekarang aku masih menyimpannya..tatkala bila rindu menerjah..akanku buka keratan akhbar itu..ku tatap gambarnya yang masih tersenyum itu...hatiku yang sakit itu..telah terpadam dengan sendirinya...maaflah wahai sahabatku..walaupun engkau jauh berada disana, aku tidak pernah melupakan setiap detik bersamamu...setiap hari ku mendoakanmu..IZINKANKU MERINDUI,MENYEBUT,DAN MENGINGATIMU SETIAP APA YANG PERNAH KITA LAKARKAN BERSAMA SEPANJANG AKU MENGENALIMU..terlalu banyak yang telah engkau lalukan padaku..tidak mampu untuk aku membalasnya...apa yang pasti..ENGKAULAH SAHABAT DUNIA AKHIRATKU..TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI SAHABATKU WALAUPUN UNTUK SEMENTARA..KEHADIRANMU TELAH BANYAK MENGUBAH HIDUPKU...AKAN KU INGATI SAMPAI BILA-BILA TAGLINE MU "kEEP iN sMILE" ..TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA...

AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU : MOHD IZAM KHAIRUL AZUAR..MOGA ROH MU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERTAQWA..AMIN...




http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=NcEyGU8eB2M

No comments:

Post a Comment