background

Tuesday 4 December 2012

(*_@) OUR PALESTIN (^_^)

Maaflah. den pakai keta kura-kura jew..korang semua pakai Ferrari..den xsempat nak kejar apa-apa berita dan cerita terkini..lagi-lagi isu pasal sedara kita di bumi Palestin..Ya Allah, nampak gayanya den kena tukar keta juga tahun nie ..hehehehe..xkira dari yang kecil, dewasa hinggalah yang tua bangka, semuanya sudah memahami dan mengetahui hal ini kan???oleh itu, izinkan den tuk berkongsi serba-sedikit..jika ada pandangan dari anda semua..silalah...Yang sal bola tu..kita lupakan sekejap k..let's talk about our Palestine!!

Pernahkah anda terfikir, mengapa negara islam yang sering kali dilanda masalah-masalah yang getir dan di ancam sebegini teruk??mengapa tidak pada negara yang modern, kuat, serta mempunyai peralatan canggih?Den jua pernah terpikir, adakah negara kita ini akan selamat sedangkan negara kita ini adalah ISLAM juga?apakah nasib kita akan sama dengan nasib mereka di Palestin??ayuh, sama-sama kita selami dan fikirkannya....

Sungguh pilu apabila mengenangkan nasib saudara seislam kita di sana, dengan perang yang entah bila akan tamat, dengan tergadainya nyawa serta kehilangan semua punca dan sumber...Ya Allah, Nauzubillah....den yang hanya melihat menerusi TV pon, tidak mmpu untuk melalui hari-hari serta liku-liku sebegitu...syukurlah negara kita ini masih aman dan tenteram..Tapi apa yang pasti, betapa terseksanya sedar kita disana, terpaksa bergelut dan menggadaikan nyawa demi mencari sesuap nasi dan perlindungan untuk diri serta keluarga dan juga kerabat masing-masing...paling menyayatkan hati den ialah, anak-anak kecil yang masih belum mengenal erti kehidupan turut terbunuh dan kehilangan segalanya..kelahiran mereka hanyalah untuk menikmati peperangan..bukan untuk mencari erti kehidupan yang sebenar...apakah salah mereka sehingga diperlakukan sebegitu??dimanakah nilai dan juga sifat keperimanusiaan mereka itu????

sebegitu hinakah umat islam disana sehingga dilayan seperti itu??salahkah untuk mereka berada di sana?mengapa sengsara yang terpaksa dilalui oleh mereka dalam meniti hari demi hari?Masih tidak cukupkah dengan sebegitu banyak nyawa yang melayang?Apakah silap mereka sehingga negara islam mereka itu dikecam dengan begitu hebat?Ya Allah, bantulah hamba-hambamu disana, kuatkanlah semangat dan lindungilah mereka..sehinggalah sekarang, den belum mengerti mengapa sedara seislam den disana dikecam hebat...mengapa mereka perlu menerima ini semua..

Cuba kita semua bayangkan,sekiranya kita ditempat mereka, hari-hari mendengar tangisan sana-sini, bunyi tembakan dari semua arah dan penjuru, mayat bergelimpangan sana-sini, menahan lapar dan terus berjuang untuk terus hidup dan mencapai kebebasan...Nauzubillah...den betol-betol xsanggup untuk menghadapi dan lalui ini semua sekiranya ianya terjadi pada negara kita..cukuplah dengan apa yang didengar, dilihat dikaca TV..betapa azabnya umat islam disana untuk meneruskan hidup..

Syukur Alhamdulillah buat semua rakyat malaysia yang sudi dan tidak putus-putus menyalurkan bantuan buat sedara kita disana..terima kasih yang tidak terhingga kepada semua..andainya den diberi peluang untuk menjadi sukarelawan disana, ingin den turutkan ..den ingin sendiri mengalami dan merasai perit dan getir untuk hadapi kehidupan yang mencabar ini. Den juga ingin membantu sedara seislam den disana, walaupun berbeza warna kulit, bahasa dan juga budaya..den juga ingin membantu disana..den juga mendoakan agar sedara seislam den disana, kuat untuk menghadapi liku-liku hidup walaupon terpaksa bergelut dan menggadai nyawa untuk hidup..den tahu, bukan mudah untuk kita merasai apa yang dilalui oleh mereka sekarang, den sedar akan itu..akan tetapi sebagai umat islam dan juga sedara sesama mereka, den amat berharap agar peperangan ini akan ditamatkan dengan secepatnya serta Palestin akan kembali kepada asal..

Apa yang bakal kita lakukan sekiranya kita ditempat mereka? Sanggukah anda berjuang bersama-sama mereka andai diberi peluang untuk kesana? Sanggupkah anda kehilangan semua kemewahan dan kebebasan sekiranya dipanggil untuk berperang disana?ayuhlah kawan-kawan semua, kita berjihad kearah landasan yang betul, bantu sedara seisalam kita disana walaupon dengan hanya DOA serta sokongan moral..sokongan dan Doa kita adalah semangat dan kebangkitan buat mereka..Bantuan bukan sekadar harta benda, Doa juga mampu mengiringi buat mereka disana..ayuhlah kawan-kawan semua..jihadkan islam...bantulah sahabat dan sedara kita disana..


Wahai saudara-saudaraku dibumi Palestin, ingatlah Allah S.W.T sentasa bersama kita xkira masa senang mahupun susah, kuatkan iltizam dan juga yakin pada Allah..selagi hidup di atas muka bumi ini, berjuanglah, kami disini sentiasa mendoakan anda disana..tangisan hari ini akan disinari dengan kebahagian dan gelak ketawa akan datang..BERSABARLAH SEDARA DISANA....In Shaa Allah, Allah tidak akan memberi ujian sekiranya hambanya itu tidak mampu untuk mengharunginya....

Nota Biol: Jagalah negara kita agar sentiasa menjadi aman dan tidak akan akan diceroboh..
Nota Kaki meja: Sama-samalah kita membantu umat islam disana, mereka adalah sedara kita...bersama menyalurkan bantuan dan doa buat mereka..




No comments:

Post a Comment